If Tomorrow Never Come

aku selalu rasa cinta yang bermula
dengan persahabatan lebih bermakna dan kekal lama
sebab kita tak perlu berpura-pura
dan kita bebas jadi diri kita sendiri
tapi aku cuba menunggu
tiada apa
terasa tak dihargai
ku cuba lagi
namun hampa dengan semua
entah bagaimana semua ini terjadi
aku tak tahu

kenapa kita bersama
kenapa kita dipertemu
aku tak tahu
kau takkan percaya
kau selalu dihatiku
kaulah segalanya untuk ku
kau curahan hati ini
takkan ku lupakanmu
tapi harus ku mengerti
jurangnya kita jauh
hanya ku harapkan kau seorang
tapi harapan kian pudar
ku tak pernah takut untuk ditinggalkan
ketika malam menjadi dingin
dan pagi tak seindah biasanya
ku tahu kau bukan milikku
sedang itu ku tersedar
kerna barangkali dermaga untuk kita berlabuh berbeza
jauh dan tak perlu bersama
kerna erti hidup lebih dari itu
terpaksa berkorban
demi semua yang pernah bersama
jujur ku akui
cinta ku tak berdusta
berkorban apa saja
demi kebahagiaanmu
biarku rasa kesulitan yang tak pernah dikau rasai
biarkan ku
hati ini jiwa ini sukar untuk melupakan segalanya
tapi aku akan cuba seada upaya
mengumpul kudrat yang ada
ketepikan semua
akhirnya aku selalu mengalah
walaupun impian sentiasa menyala-nyala
membara
tak pernah terlintas di fikiran
itulah yang ku khabarkan pada diri
apa yang kita ada akan datang dan pergi
dikau lebih baik bersama dengan yang lain
hanya terbaik untuk mu tapi bukan aku
ku tahu
tetapi pabila ku melihat dirimu
kekadang ku ingin cuba sembunyikan
apa yang terbuku di hati
dan bila ku berpaling
kau bersama yang lain
ku tak mampu membayangkan
khabarkanlah padaku
kenapa susahnya untuk melupakan dirimu
tak perlu mengingatkanku akan itu
belum ku akhirnya lagi
khabarkan padaku
ku tak mampu menghadapi kebenaran
diriku biasa tak seperti dirimu
semua kenangan
menjadi kenyataan
kenapa dengan hatiku ini
berdebar-debar
ingin melepaskan sesuatu
tak terfikir sekuat ini
sepatutnya tabah mengharungi segala
mungkin menyesal dengan semua
takkan berpatah balik
kini diriku di jalan sendiri
bagaimana harus melepaskan mu
ku tak mengerti
akhirnya ku buntu
di persimpangan dilema
sayang..
terima kasih
kerana kata-katamu ku sedar
kerana perilakumu ku faham
kernamu diam ku mengerti
kerana kawan-kawanmu ku melihat diri ini
kerana pandanganmu ku tak layak disini
istana mu tak sama dengan pondok buruk ku
ya betul kata ku dunia kita berbeza
ku tak layak walaupun cuma kawan
kini ku mengenali siapa ku
terima kasih

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Assalamualaikum....Nok ngomen silakan...
Sepatoh cukup doh ase...